TAUTAN

 Turquoise Yellow Red Colourful English Close Reading Analysis Graphic Organiser (1)
Rajah 1: Model Tautan oleh Halliday dan Hassan (1976)

Halliday dan Hassan (1976) telah mendefinisikan tautan sebagai ciri-ciri linguistik yang membantu menghubungkan satu tautan ayat sehingga melahirkan teks yang padu atau memperlihatkan tautannya. Menurut Ita Rosita et.al (2022) pula, tautan ialah hubungan antara bahagian yang satu dengan bahagian yang lain sehingga membentuk satu kalimat, paragraf atau pasal. Tautan juga dikenali sebagai kohesi kerana mempunyai sifat yang sama. Menurut Ita Rosita et.al (2022), kohesi adalah wacana memerlukan hubungan antara kata, frasa, klausa dan kalimat sehingga menjadi satu kesatuan dalam wacana. Perkara ini bermaksud tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan antara teks dengan teks yang lain untuk membentuk wacana yang lengkap. Berdasarkan Model Halliday dan Hassan (1976), tautan dibahagikan kepada dua aspek iaitu  tautan leksikal dan tautan gramatikal. Kedua-dua tautan ini menunjukan jalinan ujaran dalam bentuk ayat bagi membentuk teks yang bermakna. 

TAUTAN LEKSIKAL
Tautan leksikal terbahagi kepada lima bahagian iaitu repitasi, sinonim, hiponim,
antonim, kolokasi dan antonim.
1. Repitasi
Repitasi ialah kata penting yang sering kali diulang untuk menjadikan sebuah
ayat yang bermakna. Unsur perulangan kata boleh dilihat melalui ayat di bawah:

Abah rindu akan anak cucunya.  Abah rindu untuk makan bersama-sama seperti dulu.

Melalui petikan di atas, terdapat pengulangan perkataan Abah sebanyak dua kali. Apabila subjek dalam ayat itu digugurkan, ayat tersebut menjadi tidak gramatis. Selain itu, perulangan juga boleh berlaku pada kata dasar yang sama seperti berikut;

Masuri S.N bersara selepas berkhidmat sebagai Guru Besar di Sekolah Rendah Tanah Merah pada tahun 1982. Tempoh selepas persaraan telah memperlihatkan beliau berkhidmat dalam pelbagai badan dan persatuan untuk menyumbang kelangsungan budaya, sastera dan budaya di Singapura.

Petikan di atas menunjukkan pengulangan kata dasar yang sama tetapi berlainan imbuhan. Sebagai contohnya pengulangan kata dasar sara. Ayat pertama menggunakan perkataan bersara, manakala ayat kedua menggunakan perkataan persaraan. Walaupun menggunakan imbuhan yang berbeza, perkataan itu masih mempunyai kata dasar yang sama.
2. Sinonim

Sinonim ialah perkataan yang membawa makna yang sama atau seerti. Contohnya;

Mardi sudah banyak ikhtiar untuk merawat penyakit isterinya itu selama tiga tahun, namun usaha itu gagal apabila doktor menyatakan penyakit itu semakin merebak.

Ayat diatas menunjukkan perulangan perkataan yang sama makna tetapi berlainan ejaan iaitu ikhtiar dan usaha. Ayat diatas terdiri daripada dua ayat tetapi digabungakan dengan menggunakan kata hubung namun. Sekiranya perkataan usaha itu digugurkan, ayat tersebut menjadi tidak gramatis dan sukar difahami.

3.Hiponim

Hiponim ialah perkelasan sesuatu perkara atau perkataan yang mempunyai hubungan inklusif atau pengelompokan di dalam satu jenis atau himpunan golongan perkataan. Sebagai contoh;

Banyak baju di dalam almari itu seperti baju kurung, baju tidur, baju kebaya dan baju melayu.

Ayat di atas menunjukkan perkara yang umum dahulu iaitu baju diikuti dengan perkara atau jenis yang lebih khusus iaitu baju kurung, baju tidur, baju kebaya dan baju melayu.

4. Antonim 
Antonim merujuk kepada penggunaan perkataan yang berlawanan maksud dalam ayat atau perenggan yang sama. Sebagai contoh ayat dibawah menggunakan perkataan yang berlawanan dalam satu ayat iaitu cerah dan gelap.

Kulit Aina kelihatan lebih cerah berbanding kulit Aiman yang agak gelap.


  5.Kolokasi
Kolokasoi ialah persandingan kata. Kata-kata yang bersanding memiliki satu atau lebih ciri yang sama.

Lori, kereta, van serta bas adalah sejenis kenderaan.

6.Ekuivalensi
Ekuivalensi pula ialah perkataan yang mempunyai kata dasar yang sama seperti memenangi dan kemenangan. Sebagai contoh;

Jacyln telah berjaya memenangi pertandingan menyanyi Gegar Vaganza. Dia berhasrat mengadakan majlis bersama dengan kelab peminatnya tanpa menggunakan wang kemenangan itu.

TAUTAN GRAMATIKAL, SINTAKSIS ATAU SEMANTIK

Tautan ini terbahagi kepada tiga iaitu elipsis kata nama, elipsis kata kerja dan elipsis klausa. Menurut Beaugrande dan Dressler dalam Mohd Rashid et.al (2018), elipsis ialah satu pengulangan struktur linguistik dan unsur yang sama tetapi menghilangkan sebahagian daripada ujarannya. Menurut Nadiatul Shakinah Abdul Rahman (2020), elipsis adalah pengguguran kata dan frasa untuk memperlihatkan gaya penulisan, mengurangkan jumlah perkataan dan memberi penekanan kepada maksud ayat.

1.Elipsis kata nama

Elipsis kata nama ialah pengguguran kata nama. Sebagai contoh;

Haikal kembali ke katil hospital dan koma selama dua hari.

Contoh di atas menunjukkan pengguguran kata nama Haikal yang sebenarnya

wujud dua ayat. Namun, ayat itu digabungkan menggunakan kata hubung dan lalu mengalami pengguguran kata nama.

2.Elipsis Kata Kerja

Elipsis kata nama ialah pengguguran kata kerja. Sebagai contoh petikan di

bawah menunjukkan pengguguran kata kerja pada tanda sempang yang sepatutnya diisi oleh

kata kerja pandai menjahit.

Mereka memiliki kepakaran menjahit baju yang berlainan. Amirah pandai menjahit baju melayu, manakala Mak Ani pula - baju kebaya.


3. Elipsis klausa

Elipsis kata nama ialah pengguguran klausa. Sebagai contoh petikan di bawah
menunjukkan pengguguran klausa pada tanda sempang. Tanda sempang itu
sepatutnya diisi oleh klausa yang masak ikan tetapi digugurkan.
Jelaslah berikut merupakan beberapa contoh ayat tautan mengikut Model
Halliday dan Hassan Walau bagaimanapun,model ini telah mengalami
penyusunan semula dari segi tambahan dan penekanan aspek-aspek tertentu
dalam kajian tautan aliran sistemik (systemic theory) oleh Sanad Md. Nasir (2002). Sanad Md Nasir telah memperkenalkan Model Tautan Pindaan dengan merujuk model asal iaitu Model Halliday dan Hassan. Model Tautan Pindaan yang dikemukan oleh Sanat Md. Nasir (2002) terbahagi kepada tiga jenis utama iaitu perulangan, kolokasi dan penghubung ayat. Tiga jenis tautan tersebut memperlihatkan ciri bentuk, fungsi, makna dan konteks dalam ayat. Lantaran itu, model ini juga dapat membantu pelajar memahami istilah linguistik yang sering mengelirukan pelajar.

Siapa yang masak ikan di dapur? Emak ke -?


Turquoise Yellow Red Colourful English Close Reading Analysis Graphic Organiser (2)

Rajah 2: Model Tautan Pindaan oleh Sanat Md. Nasir (2002) 

TAUTAN PERULANGAN

1.Tautan Perulangan Rujukan 

Tautan perulangan rujukan merujuk kepada perulangan rujukan peribadi, tunjuk dan bandingan kepada perkara yang sama tetapi bentuk unsur yang tidak sama. Sebagai contoh ayat di bawah menggunakan rujukan peribadi Ahmad yang bijak dan baik hati dan penggunaan dia merujuk kepada perkara yang sama iaitu Ahamad.

Ahmad seorang pelajar yang bijak dan baik hati menyebabkan dia sangat disenangi oleh rakan-rakan dan gurunya.

 
2.Tautan Perulangan Penggantian

Tautan Perulangan Penggantian ialah unsur yang merujuk kepada sesuatu sama ada penggantian nama, karya dan penggantian klausa. Sebagai contoh ayat di bawah berlakunya penggantian “kerusi depan bilik pembedahan” kepada “situ”.

Zahirah duduk di kerusi depan bilik pembedahan. Lama rasanya di duduk di situ.


3.Tautan Perulangan Elipsis

Tautan Perulangan Elipsis merupakan unsur yang digugurkan dalam ayat dapat diinterpretasikan berdasarkan unsur yang mendahuluinya. Contoh ayat di bawah menunjukkan pengguguran kata ganti nama “Amirul” untuk ayat kedua selepas kata hubung dan. Walaupun kata nama itu digugurkan, ayat itu masih gramatis dan bermakna.

Amirul memancing ikan di tasik Embayu dan mendapat beberapa ikan sepat.

 
4.Tautan Perulangan Leksikal

Tautan Perulangan Leksikal merujuk kepada unsur yang membawa makna yang sama atau seerti. Sebagai contoh, penggunaan perkataan ikhtiar dan berusaha mempunyai makna yang sama.

A1

Kalau mahu ubat murah, pergilah ikhtiar dengan bomoh!

A2

Mereka sudah banyak berusaha untuk mengubati Siti.


5.Tautan Pengulangan Prafrasa

Tautan Perulangan Prafrasa merujuk kepada perulangan makna yang sama tetapi struktur yang berbeza. Sebagai contoh dalam A1 dan A2 mempunyai maksud yang sama tetapi ayat yang berlainan.

A1

Yuna tidak pernah ponteng kuliah Bahasa Melayu.

A2

Yuna rajin ke ke kuliah Bahasa Melayu walaupun terpaksa berjalan dalam hujan.


6.Tautan Perulangan Paralelisme

Tautan perulangan paralelisme merujuk kepada susunan ayat yang sama tetapi mempunyai makna yang berlainan. Sebagai contoh;

A1

Ayah rindu akan anak-anaknya.

A2

Ayah rindu akan keluarga untuk makan bersama-sama seperti dulu.


7.Tautan Struktur dan Makna Sama

Tautan Peurlangan Struktur dan Makna Sama merujuk perulangan struktur dan makna yang sama dari aspek tertentu. Contohnya penggunaan perkataan kek diulang dalam ketiga-tiga ayat di bawah.

A1

Kek merupakan sejenis makanan yang manis.

A2

Kek sangat popular sebagai produk bakeri dalam industri pastri masa kini. 

A3

Bahan utama dalam penyediaan kek adalah seperti  mentega, gula, telur tepung dan lain-lain. 


TAUTAN KOLOKASI

1.Tautan Kolokasi Autonomi

Tautan Kolokasi Autonomi ialah unsur tautan yang bercirikan makna yang berlawanan. Sebagai contoh ayat di bawah menggunakkan perkataan berbanding untuk menunjukkan makna yang berlawanan daripada ayat sebelumnya.

Ulama dan cendekiawan Islam yang banyak ilmu pengetahuan perlu memperbanyakkan kegiatan dakwah di kawasan itu walaupun wang yang diterima terlalu kecil berbanding pemberian orang kaya.


2.Tautan Kolokasi Kohiponiman

Tautan Kolokasi Kohiponiman merujuk kepada unsur yang menyentuh kepada keseluruhan atau sebahagian daripada entity yang menyeluruh. Sebagai contoh, sekolah merupakan entity menyeluruh, manakala bilik darjah, guru, buku latihan, makmal komputer dan lain-lain merupakan sebagai sebahagian daripada sekolah.

Sekolah merupakan tempat menuntut ilmu yang selesa kerana mempunyai bilik darjah, guru, buku latihan, makmal komputer dan lain-lain.


3. Tautan Kolokasi Hasil

Tautan Kolokasi Hasil ialah unsur yang dapat menghasilkan yang lain atau unsur yang dihasilkan oleh sesuatu entiti semantik. Sebagai contoh ayat di bawah menunjukkan hasil rumah cantik itu terbina kerana hasil daripada pakar arkitek terkenal di Malaysia.

Rumah itu sangat cantik kerana dibina oleh pakar arkitek terkenal di Malaysia.


4.Tautan Kolokasi Sifat

Tautan Kolokasi Sifat ialah unsur yang menjadi punca sifat dengan unsur sifat. Sebagai contoh sifat Islam melarang umatnya makan makanan haram (unsur sifat) bagi menjamin akhlak yang terpuji (punca sifat)

Pihak hotel perlu peka bahawa Islam melarang umatnya makan makanan haram yang memudaratkan bagi menjamin akhlak yang terpuji.



TAUTAN PENGHUBUNG AYAT

1.Tautan Penghubung Ayat Tambahan

Tautan Penghubung Ayat Tambahan merupakan tambahan kepada sesuatu perkara yang disampaikan. Contoh ayat di bawah menggunakan penghubung dan untuk menambah perkara yang disampaikan sebelumnya.

Ibu dan ayah pergi ke pejabat Pos sejak pagi tadi.


2.Tautan Penghubung Ayat Tentangan

Tautan Penghubung Ayat Tentangan ialah pernyataan yang berlawanan atau bertentangan. Contoh seperti ayat di bawah menggunakan penghubung tetapi untuk menyatakan ayat yang berlawanan.

Miskiah suka bermain futsal tetapi Adibah pula suka bermain catur.


3.Tautan Penghubung Sebab Musabab

Tautan Penghubung Sebab Musabab merujuk kepada dua unsur sebab dan akibat. Ayat ini boleh dikenal pasti melalui penggunaan kata seperti kerana, oleh sebab itu, kesannya dan oleh itu. Berikut merupakan contoh ayat;

Kaki Haikal cedera kerana terpijak paku semasa membersihkan stor di belakang rumah.


4.Tautan Penghubung Ayat Waktu

Tautan Penghubung Ayat Waktu merujuk kepada pertautan yang melambangkan tempoh, jangka masa atau waktu. Ini boleh dilihat dengan jelas dalam ayat melalui penggunaan kata yang menunjukkan urutan, sertaa, kesimpulan atau lampauan. Sebagai contoh ayat di bawah menggunakan perkataan sebelum ini yang menunjukkan tempoh.

Sebelum ini dia pernah datang ke rumah itu untuk menghantar barang.


5.Tautan Penghubung Ayat Terusan

Tautan Penghubung Ayat Terusan merujuk kepada ayat yang mempunyai maksud unsur sebelum dan selepas dalam hubungan penerusan. Ayat ini akan dibaca dengan nada yang rendah. Sebagai contoh;

Kini, sudah sepuluh tahun misteri kehilangan beberapa orang di Bukit Mertajam belum terungkai.

No comments: