- Penerimaa Tinggi
Bagi kategori penerimaan tinggi, perkara ini membawa maksud bahawa pendengar atau pembaca yang mampu memahami sepenuhnya wacana atau ujaran yang dilontarkan penulis atau penutur, ini bermaksud tahap penerimaan seseorang itu adalah tinggi. Berdasarkan perkara ini, tidak kiralah ujaran yang dilontarkan tersebut dalam bentuk lisan mahupun tulisan. Perkara ini turut disokong apabila tahap penerimaan menjadi lebih tinggi sekiranya tahap tujuan adalah sama dengan tahap penerimaan. Berikut merupakan contoh petikan teks yang menunjukkan seseorang pada tahap penerimaan tinggi:
Berdasarkan contoh petikan teks di atas, dapat dilihat bahawa ayat yang digunakan dalam petikan tersebut dianggap sebagai sebuah wacana yang membawa makna. Dalam konteks ini, maklumat yang penulis atau penutur cuba sampaikan berdasarkan petikan teks tersebut adalah berkenaan tentang isu membaca dalam kalangan masyarakat yang semakin menghiraukan. Oleh itu, pembaca atau pendengar apabila membaca atau mendengar mengenai isu tersebut, mereka sendiri mampu menilai tujuan penulis atau penutur yang menulis wacana tersebut yang mana isu membaca ini perlu dititikberatkan oleh semua pihak agar negara dapat melahirkan generasi yang sentiasa hauskan ilmu pengetahuan. Maka dengan itu, keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa tahap penerimaan seseorang itu adalah tinggi sekiranya tahap tujuan penulis atau penutur dengan tahap penerimaan pembaca adalah sama.
- Penerimaa Rendah
Penerimaan rendah pula merujuk kepada sesuatu ayat yang disampaikan oleh penulis atau penutur yang tidak membawa makna. Hal ini dikatakan demikian kerana tahap penerimaan rendah akan berlaku sekiranya pembaca ataupun pendengar tidak dapat memahami sesuatu ayat yang tidak mempunyai makna. Ayat yang tidak mempunyai makna sudah tentu tidak dikategorikan sebagai sebuah wacana. Contoh ayat yang tidak mempunyai makna adalah seperti berikut:
Berdasarkan contoh ayat di atas dapat dilihat bahawa maklumat yang penulis atau penutur cuba sampaikan kepada pembaca adalah kurang jelas. Hal ini kerana penulis mengatakan bahawa Aina adalah pelajar yang cemerlang di dalam tetapi keputusan peperiksaannya sering gagal. Jika dilihat berdasarkan ayat tersebut, jelas sekali ayat itu nampak seperti tiada kesinambungan atau tidak mempunyai makna yang jelas kerana kalaua Aina adalah pelajar yang cemerlang di dalam kelas tersebut, maka sudah tentu keputusan peperiksaannya juga turut cemerlang. Oleh itu, ayat di atas digolongkan sebagai tahap penerimaan yang rendah kerana tahap tujuan penulis atau penutur tidak sampai dengan jelas kepada pembaca atau pendengar.
No comments:
Post a Comment