STRUKTUR MAKLUMAT DAN STRUKTUR TEMA


Struktur Maklumat

Terdapat beberapa tokoh yang memberikan pandangan terhadap struktur maklumat ini.

  • Brown dan Yule:

Pandangan ini dipetik melalui Mohd Rashid Md. Idris (2007:78). Struktur maklumat merupakan unit terkecil dalam struktur wacana dan berfungsi sebagai unit lokal yang kecilpada peringkat frasa atau klausa. Namun demikian, unit ini perlulah membawa makna kerana sesebuah wacana itu pada asalnya adalah sebuah teks yang mempunyai makna. Selain itu, struktur maklumat juga memberi sumber kepada penutur ataupun penulis untuk memberitahu pendengar atau pembaca tentang status maklumat.

  • Halliday:

Pandangan ini juga dipetik melalui Mohd. Rashid Md Idris (2004:12). Struktur maklumat

merupakan aspek yang termasuk dalam fungsi makna komponen tekstual selain menjadi

sebahagian daripada organisasi tema tema wacana. Pendapat lain pula mengatakan bahawa

struktur maklumat sebagai organisasi teks atau wacana berdasarkan maklumat lama atau

maklumat baharu.


UNIT MAKLUMAT= (MAKLUMAT LAMA) + MAKLUMAT BARU

Seperti dalam rumus di atas, maklumat lama adalah bersifat opsional iaitu maklumat tersebut

akan dialirkan sekiranya terdapat perubahan status idea semasa proses memahaminya.


Maklumat Lama:

Maklumat lama merupakan maklumat telah diketahui dan ditandai dengan nada yang tinggi.

Menurut Halliday (Mohd Rashid Md Idris, 2004:14), maklumat adalah berdasarkan konsep

sudut pandangan penerima. Pandangan ini turut dipersetujui oleh Crystal

(Mohd Rashis Md. Idris, 2004:14-15).

Menurut Crystal, unsur-unsur yang diulang dalam konteks berikutnya berfungsi sebagai maklumat lama. Menurut Pickering pula, maklumat lama adalah berdasarkan konsep ‘dibina semula’. Maklumat yang berjaya dikeluarkan setelah seseorang itu mendengar atau membaca sebuah teks adalah maklumat lama. Maklumat lama dapat dikenalpasti apabila penyampai dapat merangsang kesedaran penerimanya semasa mengolah ujaran melalui pengetahuan yang dianggap milik bersama oleh kedua-dua pihak.


Bagi mengenalpasti maklumat lama, terdapat tujuh penanda maklumat lama.

        1. Kaedah perujukan

Merujuk kepada perkara perkara yang secara langsung dirujuk melalui teks dan rujukan yang

dibuat itu dapat dikenalpasti melalui penggunaan kata ganti.

         2. Kaedah penggantian

Merujuk kepada sesuatu unsur yang disebut kemudian digantikan dalam bentu baharu secara

semantik ataupun nahuan.

        3. Kaedah perulangan

Dari perspektif nahuannya, kaedah perulangan membawa makna perulangan yang berlaku

pada unsur-unsur dalam wacana tanpa menimbulkan sebarang perubahan pada kategorinya.

        4. Kaedah perulangan sebahagian

Perubahan kategori yang berlaku pada rangkai kata yang mengulang.

        5. Kaedah penghilangan

Berlakunya penghilangan penyampaian maklumat atau amanat penulis. Kaedah ini turut

dikenali sebagai kaedah elipsis.

        6. Kaedah leksikal

Merujuk kepada pertalian antara ayat secara semantik. Setiap ayat yang mempunyai ikatan

atau pertalian yang dihubungkan secara semantik.

        7. Kaedah prafrasa

Merujuk kepada penyataan idea yang sama tetapi cara pengolahannya berbeza.


Maklumat Baru:

Maklumat baru merupakan maklumat yang ditambah dalam pengetahuan. Menurut Crystal

(Mohd. Rashid Md. Idris, 2004:19), konsep tambahan merujuk kepada maklumat baharu

yang ditambah itu dibatasi dengan  pola ayat yang memperlihatkan  suatu susunan maklumat

apabila judul dan cerita masing-masing bersesuaian dengan maklumat lama dan maklumat

baru kerana bahasa dapat menyediakan pelbagai pola susunan maklumat secara teoritis.


Menurut Sato Hirobumi, terdapat empat jenis susunan maklumat.

        1. Maklumat baru tambahan

Merujuk kepada maklumat baru yang ditambah berdasarkan maklumat lama yang muncul di

titik permulaan perbicaraan ayat.

        2. Maklumat baru kontrastif

Merujuk kepada du atau lebih klausa berbeza dari segi semantik.

        3. Maklumat baru pemberitaan neutral

Merujuk kepada susunan maklumat yang tidak mengandungi sebarang maklumat lama yang

disediakan dalam praanggapan.

        4. Maklumat baru fokus

Merujuk kepada susunan maklumat yang melibatkan fokus pembezanya (maklumat baru)

yang menduduki tema (judul)


Struktur Tema

Halliday:

Pandangan ini dipetik daripada Mohd Rashid Md Idris (2007:76). Struktur tema merupakan salah satu struktur yang bercirikan amanat.


Sanat Md. Nasir:

Struktur tema dilihat sebagai sesuatu yang mencirikan klausa sebagai amanat (Mohd Rashid Md. Idris, 2004:21). Klausa yang berfungsi sebagai struktur amanat terdiri daripada tema dan rema. Tema merujuk kepada kategori formal sebagai unsur pada awal klausa, titik mula klausa sebagai amanat. Manakala rema pula adalah selebihnya, iaitu bahagian yang mngembangkan ataupun yang menerangkan tentang tema.


Tema:

Tema lazimnya berada di hadapan sebagai titik mula amanat dan perhatian dalam klausa. Selain itu, tema juga merujuk kepada kategori formal sebagai unsur pada kedudukan awal klausa. Tema boleh terdiri daripada kata nama, kata sendi nama dan kata hubung.


Rema:

Rema pula didefinisikan sebagai bahagian yang mengembangkan tema. Lazimnya, rema terletak pada bahagian belakang, iaitu selepas tema




No comments:

Post a Comment