KEADAAN

  

Berdasarkan gambar di atas, keadaan adalah terbahagi kepada tiga kategori iaitu masa, tempat dan masyarakat. Menurut Abrams (1981:175) dalam Studinews, latar membawa maksud tempat, hubungan waktu dan lingkungan sosial tempat berlakunya peristiwa-peristiwa yang ingin diceritakan. Kenyataan tersebut turut disokong oleh Suparmin (2009:60) yang turut mengatakan latar merupakan latar waktu atau latar tempat dalam sebuah karya sastera yang akan mempengaruhi inti-pati sebuah cerita dan pengambilan nilai-nilai yang akan diungkapkan oleh si pengarang.

  • Keadaan yang mengambarkan latar masa:

Pada pukul 9 pagi, matahari sudah menyelubungi keadaan sekolah tersebut. 

Contoh ayat dan gambar di atas menunjukan keadaan masa pada waktu pagi. Hal ini dapat dibuktikan melalui perkataan matahari dan disokong dengan masa iaitu jam 9 pagi.

  •  Keadaan latar yang menggambarkan latar tempat:

Pak Lang sekeluarga merancang untuk bercuti di kampung ketika cuti persekolahan nanti. 

Contoh ayat dan gambar di atas menunjukkan keadaan tempat iaitu di kampung. Pembaca dapat memahami dengan jelas ayat di atas dengan melihat perkataan kampung dan secara tidak langsung dapat memberi gambaran kepada pembaca tersebut.

  •  Keadaan yang menggambarkan latar masyarakat:

Masyarakat di Malaysia sentiasa mengamalkan amalan gotong-royong demi kebersihan alam sekitar. 

Contoh ayat dan gambar di atas jelas menunjukkan keadaan masyarakat di Malaysia yang saling bantu-membantu untuk membersihkan alam sekitar dengan melakukan aktiviti gotong-royong bersama. Melalui penjelasan ayat seperti ini dapat memudahkan pembaca untuk memahami ayat yang cuba disampaikan oleh penulis. Oleh itu, dapat disimpulkan di sini bahawa pemilihan kata, frasa atau ayat adalah penting bagi menjadikan sesuatu wacana itu sesuai dengan keadaan.

No comments:

Post a Comment